akhi badar Detik-Detik Hidupku....


Friday, June 15, 2007

Sebelum Mata Terlena....

"sebelum mata terlena...dibuaian malam gelita...tafakur ku di pembaringan...mengenangkn nasib diri ...yg kerdil lemah dan bersalut dosa mampukah ku mengharungi titian sirat nanti... membwa dosa yg menggunung tinggi ...terkapai ku mencari limpahan hidayahmu....agar terlerai kesangsian hati ini...sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini.....sebelum mata terlena....dengarlah rintihan hati ini....tuhan, beratnya dosaku...tak daya ku pikul sendiri....hanyalah rahmat dan kasih sayangmu yg dapat meringankan ...hulurkan maghfirahmu...andainya esok bukan milikku lagi...dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi....sebelum berangkat pergi ke daerah sana...lepaskan beban ini yg mencengkam jiwa dan ragaku ...selimuti diriku dengan sutera kasih sayangmu..agar lena nanti kumimpikan syurga yg indah abadi..pabila ku terjaga..dapat lagi kurasai..betapa hanya wangian syurga firdausi oh Ilahi...disepertiga malam... sujud ku memperhambakan diri..akan kuteruskan perabdianku padamu...."
[Hijjaz - Sebelum Mata Terlena]

Syababul islami..(malakna hazihi dunyal quruna…)

Kami memerintah dunia ini berkurun-kurun,
Nenek moyang kami kekal menakhlukinya,
Kami salin semula lembaran-lembaran tamadun,
Zaman tidak melupainya, kami juga tidak melupainya..

Dan kami jika mereka tidak mencabar kami,
Dengan kekejaman, akan kami pijak-pijak dahinya,
Penuh dihati kami petunjuk yang kuat,
Kami tidak akan mengelipkan mata, tidak kami biarkan kezaliman,

Disuatu masa kami kami bina kerajaan di muka bumi,
Dibantu oleh para pemuda yang kuat semangatnya,
Pemuda-pemuda permudahkan tercapainya cita-cita,
Mereka tidak mengenali islam sebagai cara hidup,

Mereka dijaga, maka mereka dipelihara dengan pemeliharaan,
Yang mulia, mengharumi dunia sebagai cabang kami,
Apabila mereka melihat peperangan, semangat pun berkobar,
Lalu mereka musnahkan penjara dan kubu pertahanan (musuh)

Merekalah pemuda yang tidak dirosakkan oleh malam,
Mereka tidak menyerahkan tenaga mereka kepada musuh,
Bila malam menjelang mereka tidak kelihatan berkeliaran,
Kerana takut (akan Allah), mereka hanya bersujud,

Demikianlah islam menghasilkan dari kamu,
Pemuda-pemuda yang ikhlas, bebas lagi dipercayai,
Mereka diajar bagaimana membentuk kemuliaan,
Agar mereka menolak pembelengguan atau penghinaan,

Tidak disedari zaman telah silih berganti hinga..
Hilang keagungan ketangan orang lain

Tidak ku dapati kaumku didalam perlumbaan,
Sesungguhnya mereka pernah menjadi ketua sekian tahun,
Sungguh menyedihkan aku n setiap orang yang bebas
Menjadi tandatanya orang yang bebas!

Aku sangsi samaada yg lepas akan berulang. Sungguh aku..
Menjadi lebur kerana kecintaan kepada zaman silam,

*Jauhkan aku dari harapan yang palsu,
Tidak ku dapati harapan itu melainkan hanya khayalan,
Bawakkan untukku cahaya dari iman,
Kuatkan diantara dua rusukku dengan keyakinan,
Ku hulurkan tangan lalu ku ragut kemuncak (kekuasaan)
Dan ku bina keagunagan yang begemerlapan lagi padu
Ulang..*

An-nasyeedul islami kabir – as-seenu lana…

Negeri Cina kepunyaan kami, negeri arab kepunyaan kami,
Al-Islam adalah cara hidup kami,
India milik kami n kesemuanya milik kami,
Seluruh dunia adalah tanah air kami,

Mentauhidkan Allah cahaya kami,
Kami sediakan roh utk menyambutnyaa,
Dunia kan hancur tetapi tidak akan terpadam,
(keagungan kami) dari catatan zaman,

Bumi ini rumah peribadatan kami.
Rumah yg pertama ialah ka’abah kami,
Itulah rumah pertama yg akan kami jaga,
Akan kami jaga dgn hayat n roh,

Dibawah naungan Islam kami dididik,
Kami bina kedaulatan Negara kami,
Alam Islam yg telah berlalu,
Menjadi kebanggaan kebesaran kami,

Seruan muslim telah menyebabkan,
Kegemparan dibarat kerana kemuliaan kami,
Katakan kepada langit sesungguhnya,
Ketinggian kami melebihi bintang,

Wahai sejarah kau telah menguji dengan..
Api kesulitan keatas keazaman kami,
Taufan kebatilan gagal mengaramkan..
Kerana ketakutan kekuatan kapal kami!

Wahai naungan taman andalus,
Lupakah kau yg kita pernah bersama,
Dan dahan-dahan serta sarang burung,
Memenuhi kebangkitan perlembagaan kami,

Wahai dajla sudahkah kau tuliskan,
Diatas pantaimu tanda-tanda kebesaran kami,
Ombakmu memberi sumbangan kepada dunia,
Dan mengulangi mutiara sejarah kami,

Wahai bumi cahaya dari dua tanah haram,
Wahai tempat lahirnya syariah kami,
Taman islam dan pohonya yang rendang,
Darah kami telah membasahi tanahmu…